Tuesday, February 8, 2011

Jambatan Runtuh!!!!!!! Chelsea 0 Liverpool 1



Apa lagi yang tersirat di hati selain dari perasaan gembira yang teramat sangat kerana runtuhnya jambatan yang dikatakan sentiasa kukuh di atas puncak. Jambatan yang dimaksudkan ialah Chelsea.

Semua penyokong seantero dunia begitu gembira dengan keputusan perlawanan di antara pasukan kebanggaan kita yang telah berkunjung ke Stadium Stamford Brigde. Dalam perlawanan itu, Liverpool telah menewaskan Chelsea dengan keputusan 1 - 0 dan gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Abang Botak kita bukan Skrtel tapi Raul Meireles.

Kita mungkin akan bersorak awal sekiranya Maxi menjaringkan gol hasil dari hantaran lintang Gerrard pada minit ke-32 tetapi bola hanya melantun ke atas palang gol.

Pada perlawanan itu juga, kita dapat saksikan kelibat bekas rakan pasukan kita Fernando Torres. Kehadiran beliau seperti tiada sebarang impak untuk Chelsea dan segala pergerakan dan serangan beliau dapat dikawal oleh pertahanan kita dengan cemerlang. 

Kenny Daglish telah menggunakan formasi 5-3-2 bagi menyekat kemaraan Chelsea yang menggunakan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Drogba, Anelka dan Torres di bahagian serangan.

Walaupun terkilan untuk melihat Suarez bermain pada malam itu tapi apa yang lagi penting adalah 3 mata dapat dikutip dan kita juga telah menang kedua-dua perlawanan dengan Chelsea pada musim ini iaitu ketika di Anfield di mana kita telah menang 2-0.

Dengan kemenangan ini juga telah melonjak kita ke tangga ke-6 liga dan slot ke pusingan Liga Juara-Juara UEFA iaitu top 4 nampak semakin hampir.

Tuesday, February 1, 2011

Selamat datang Suarez dan Carroll... Goodbye El Nino

My-Red4ever dengan bangganya mengucapkan selamat datang kepada 2 penyerang baru yang menyertai Liverpool pada tarikh akhir musim perpindahan bulan Januari, iaitu Luis Suarez dan Andy Carroll. Kami mengucapkan selamat berjaya. You'll Never Walk Alone.


 
Luis Suarez akan menyarung jersi no. keramat Liverpool iaitu no.7


Andy Carroll akan menyarung jersi no.9 yang sebelum ini dipakai oleh Torres.


tak ku sangka akhirnya kita dapat berkerjasama.....

Ku relakan pemergianmu Torres ke chelshit.. aku tahu kau kemarukkan piala dan medal.. sebelum ini kau ada menyatakan yang Liverpool memerlukan pemain-pemain baru kalau nak kan kejayaan.. dan kau telah mencapaikan cita-cita itu setelah berhijrah ke chelshit dengan memecahkan rekod perpindahan British sebanyak 50 juta pound.

Hasil dari itu, Liverpool berjaya mendapatkan 2 pemain bintang yang akan membuat kau menyesal seperti Macherano yang sekarang sekadar memanaskan bangku simpanan pasukan Barcalona.

Dengan kehadiran Luis Suarez dari Ajax dan Andy Carroll dari Newcastle United diharap dapat menajamkan lagi jentera serangan Liverpool di mana kita akan bertandang ke Stadium Stamford Bridge pada hujung minggu ini dan Torres akan bermain bersama-sama Gerrard bukan sebagai kawan tapi sebagai lawan...

Ingatlah wahai Torres serta semua pemain akan falsafah liverpool.. "No player is bigger than the club".

Sunday, January 2, 2011

Liverpool 2 Bolton 1


Pada perlawanan semalam iaitu perlawanan pembukaan bagi tahun 2011, pasukan kita telah menemui rentak kemenangan setelah berjaya menewaskan Bolton Wanderers di Anfield. Dalam perlawanan tersebut, pasukan lawan telah menjaringkan gol pembukaan telebih dahulu di penghujung separuh masa pertama hasil jaringan Kevin Davies.

Separuh masa kedua bermula, strategi pasukan kita telah berubah dan banyak serangan-serangan bahaya telah dibuat dan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang sensasi kita Fernando Torres telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 49' hasil umpanan dari kapten pasukan Steven Gerrard.

Selepas dari jaringan tersebut, pasukan kita buntu mencari gol sehinggalah pada minit-minit akhir perlawanan hasil dari pemain gantian kita iaitu Joe Cole berjaya menolak mudah bola ke gawang lawan setelah keadaan kucar-kacir di dalam kotak penalti.

Bagi pendapat saya, Liverpool menang bukan kerana Pengurus tapi kerana semangat juang para pemain. Ada yang mengatakan bahawa sekiranya Liverpool kalah pada perlawanan ini, Pengurus kita Roy akan di pecat tapi hasilnya kita menang. Oleh yang demikian, terpulang pada pemilik Liverpool untuk menilainya.

Statistik Perlawanan

Possession

Liverpool           58%       Bolton Wanderers        42%

Shots on target

Liverpool            7        Bolton Wanderers         4

Shots off target

Liverpool            9        Bolton Wanderers         6

Corners

Liverpool            7        Bolton Wanderers         4