Sunday, November 28, 2010

Tottenham Hotspur vs Liverpool

28 November 2010 ( 11.00 pm ) Ch 817 Astro

Sekali lagi kita akan mengharungi laluan yang sukar dimana pasukan kita akan bertandang ke White Hart Lane bagi perlawanan ke-15 Liga Perdana. Tottenham Hotspur a.k.a Spurs adalah bukan calang-calang pasukan pada musim ini dimana pada musim lepas mereka telah menduduki tangga ke-4 Liga Perdana dan terus memadamkan peluang kita untuk ke slot Liga-Liga Juara.

Berbalik kepada cerita perlawanan ini, Spurs agak konsisten pada musim ini terutama setelah menewaskan pasukan kuat seperti Arsenal pada minggu lepas. Pemain seperti Gareth Bale dan Van der Vart perlu diberi perhatian. Mereka berdua ini merupakan perancang bagi pasukan Spurs.

Bagi Liverpool pula, ketiadaan Gerrard kerana kecederaan amatlah terasa tetapi kedatangan Joe Cole setelah pulih dari kecederaan diharap dapat mengubah perlawanan dan memantapkan lagi perancangan yang ditinggalkan oleh Kapten pasukan kita iaitu Gerrard.

Pada perlawanan ini juga, saya ingin melihat kelibat Fabio Aurelio di bahagian bek kiri setelah melihat beliau diturunkan pada separuh masa kedua ketika bertemu West Ham United pada minggu lepas. Saya yakin sudah tiba masanya Aurelio kembali ke pasukan utama. Keupayaan beliau mengambil sepakan percuma dan tendangan sudut amat diperlukan pada perlawanan ini.

Gandingan Kuyt dan Maxi di bahagian sayap nampak cemerlang dan saya harap RH akan mengekalkan formasi itu dan buktinya kita boleh lihat ketika menentang West Ham United tempoh hari. Kemasukkan semula Joe Cole dari kecederaan nampak boleh membantu Torres di bahagian serangan.

Semoga pasukan kesayangan kita memperolehi kemenangan dan terus memberi tekanan kepada pendahulu liga.

Wednesday, November 17, 2010

Liverpool VS West Ham United

21 November 2010 ( 01.30 am ) Ch 817 Astro


Liverpool akan menerima kunjungan West Ham United a.k.a The Hammers. Pada perlawanan ini, kewibawaan RH akan diuji sekali lagi selepas kekalahan mengejut ke atas Stoke City

Kita tidak boleh mengambil mudah dalam perlawanan ini walaupun pasukan tukul kini berada di tangga terakhir liga. Bagi Liverpool hanya kemenangan sahaja yang dapat menentukan untung nasib pasukan kita. 

Nama-nama seperti Frederic Piquionne, Scott Parker, Mark Noble, Carlton Cole dan Luis Boa Morte adalah tidak asing bagi skuad Hammers. Mereka mempunyai kebolehan tersendiri terutama Frederic Piquionne yang kini telah menjaringkan 4 gol. 

Tapi pasukan kita pun tidak kurang hebatnya jika kena dengan percaturan taktik dan formasi yang mantap. Kita memerlukan pemain yang boleh menghantar bola terutama kepada penyerang sensasi kita iaitu Fernando Torres dan bahagian tengah harus diperkukuhkan supaya jangan kehilangan bola. Pemain muda kita Jay Spearing harus diturunkan dan keupayaan beliau tidak perlu dipersoalkan lagi.

Jentera pertahanan kita juga nampak goyah sejak kebelakangan ini terutama apabila Carragher bermain di sebelah bek kanan. Mungkin faktor umur dan stamina serta kepantasan telah menjejaskan prestasi beliau terutama apabila bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda dan pantas. Bagi saya, Kelly harus diberi peluang bermain di bek kanan bagi menggantikan Johnson yang kini telah disisihkan oleh RH.

Dalam perlawanan itu nanti, saya berharap Liverpool dapat memberikan persembahan yang menarik dan semangat juang seperti bertemu dengan Chelsea tempoh hari. 




Thursday, November 11, 2010

Wigan Athletic VS Liverpool FC


11 November 2010 ( 3.40am ) Live, Astro ch817

Awal pagi nanti pasukan kesayangan kita akan bertandang ke DW Stadium untuk menentang pasukan pertengahan iaitu Wigan Athletic. Wigan bukanlah pasukan yang boleh di pandang remeh kerana mereka mempunyai pemain yang perlu diberi perhatian seperti Hugo Rodallega dan Charles N'Zogbia.

Dengan tahap prestasi dan moral pemain kita yang dikatakan telahpun meningkat setelah memperolehi 4 kemenangan berturut-turut sebelum ini dan ditambah dengan kemenangan ketika mengaibkan Chelsea tempoh hari diharap dapat menaikkan semangat juang The Reds. Walaubagaimanapun kita tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan Wigan yang akan bermain bermati-matian di halaman sendiri.

Kita juga mengharapkan Roy akan menurunkan kesebelasan utama seperti menentang Chelsea dengan menggunakan formasi 4-4-2. Dalam perlawanan itu juga, kita mengharapkan penyerang sensasi kita Fernando Torres dapat meneruskan kecemerlangan dan mengekalkan rentak permainan beliau. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kita, kedudukan tangga ke-5 liga adalah sasarannya.

Barisan kemungkinan: Reina, Kelly, Carra, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Meireles, Gerrard, Maxi, Kuyt, Torres

Monday, November 8, 2010

Liverpool 2 Chelsea 0



Liverpool meneruskan lagi rentak kemenangan dan dalam masa yang sama 3 mata berjaya dikutip setelah menewaskan pendahulu liga Chelsea di  Anfield. Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke 11’ hasil lambungan bola dari Dirt Kuyt.
Di penghujung separuh masa pertama iaitu minit ke 44’ dimana Torres telah menunjukkan bahawa beliau adalah penyerang yang paling berbahaya di Liga Perdana Inggeris selepas meledakkan gol ke dua selepas mendapat umpanan dari  Raul Meireles.
Separuh masa ke dua, Chelsea lebih banyak menyerang selepas kemasukkan Drogba. Tapi pada minit ke 74’, Dirk Kuyt hampir-hampir dapat menjaringkan gol ke 3 buat Liverpool tetapi berjaya ditepis oleh Petr Cech. Chelsea yang terdesak hampir menjaringkan gol pada minit ke 84’ tapi berjaya dinafikan oleh Carragher berpunca dari rembatan kencang Anelka.
Dengan kemenangan ini, Liverpool kembali menjadi pencabar liga dengan menduduki tangga ke 9 dan hanya dibezakan 5 mata dengan Manchester City yang menduduki tangga ke 4 iaitu slot terakhir untuk layak ke Champion League.

Sunday, November 7, 2010

The Reds vs Chelsea


7 November 2010 ( 11.50 pm ), Astro ch817

Pertembungan pada malam ini adalah penentu kebangkitan bagi Liverpool dan juga Chelsea. Masing-masing mahukan kemenangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan. Liverpool yang menduduki tangga ke-16 liga perlu untuk menang bagi meneruskan perjuangan merebut kedudukan 4 teratas liga. Dalam bola sepak tiada yang mustahil. Liverpool yang turun tanpa kelibat Joe Cole kerana kecederaan diharap dapat meneruskan rentak kemenangan. Dengan kemunculan Kuyt yang telah pulih dari kecederaan mungkin dapat memantapkan bahagian sayap Liverpool. Kepada Roy Hodgson diharap dapat menerapkan mentaliti menyerang dan juga sudah tiba masanya menggunakan formasi 4-4-2 dan secara tidak langsung dapat memberi tekanan kepada pertahanan Chelsea.

Sejarah LFC

Penubuhan Liverpool F.C.


Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

Nama pasukan yang ditubuhkan oleh
John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada
15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.

Kemasukan ke Liga Inggeris.

Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.


McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun
1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V.

Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947. Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.