Sunday, November 28, 2010

Tottenham Hotspur vs Liverpool

28 November 2010 ( 11.00 pm ) Ch 817 Astro

Sekali lagi kita akan mengharungi laluan yang sukar dimana pasukan kita akan bertandang ke White Hart Lane bagi perlawanan ke-15 Liga Perdana. Tottenham Hotspur a.k.a Spurs adalah bukan calang-calang pasukan pada musim ini dimana pada musim lepas mereka telah menduduki tangga ke-4 Liga Perdana dan terus memadamkan peluang kita untuk ke slot Liga-Liga Juara.

Berbalik kepada cerita perlawanan ini, Spurs agak konsisten pada musim ini terutama setelah menewaskan pasukan kuat seperti Arsenal pada minggu lepas. Pemain seperti Gareth Bale dan Van der Vart perlu diberi perhatian. Mereka berdua ini merupakan perancang bagi pasukan Spurs.

Bagi Liverpool pula, ketiadaan Gerrard kerana kecederaan amatlah terasa tetapi kedatangan Joe Cole setelah pulih dari kecederaan diharap dapat mengubah perlawanan dan memantapkan lagi perancangan yang ditinggalkan oleh Kapten pasukan kita iaitu Gerrard.

Pada perlawanan ini juga, saya ingin melihat kelibat Fabio Aurelio di bahagian bek kiri setelah melihat beliau diturunkan pada separuh masa kedua ketika bertemu West Ham United pada minggu lepas. Saya yakin sudah tiba masanya Aurelio kembali ke pasukan utama. Keupayaan beliau mengambil sepakan percuma dan tendangan sudut amat diperlukan pada perlawanan ini.

Gandingan Kuyt dan Maxi di bahagian sayap nampak cemerlang dan saya harap RH akan mengekalkan formasi itu dan buktinya kita boleh lihat ketika menentang West Ham United tempoh hari. Kemasukkan semula Joe Cole dari kecederaan nampak boleh membantu Torres di bahagian serangan.

Semoga pasukan kesayangan kita memperolehi kemenangan dan terus memberi tekanan kepada pendahulu liga.

No comments:

Post a Comment