Saturday, December 11, 2010

Newcastle Utd VS Liverpool

12 December 2010 ( 01.30 am ) Ch 817 Astro

Pada perlawanan pagi Ahad nanti, pasukan kesayangan kita akan beraksi menentang pasukan The Magpies di Stadium St James Park. Pada perlawanan sebelum ini kita pernah menang di sana dengan jaringan 5-1 ( musim 2008/2009 ). Dengan mental pemain The Magpies yang kusut setelah pemecatan pengurus mereka iaitu Chris Hughton baru-baru ini diharap dapat dipergunakan sebaik-baiknya oleh pemain-pemain kita bagi mengekalkan rekod kemenangan. Ditambahkan lagi kemenangan bergaya 3-0 ketika menentang Aston Villa di Anfield diharap dapat memotivasikan diri pemain-pemain kita.

Pada perlawanan itu nanti, penyerang sensasi kita iaitu Fernando Torres dapat diturunkan setelah tidak disenaraikan ketika menentang Aston Villa kerana menyambut kelahiran anak kedua beliau yang diberi nama Leo.

Torres mungkin akan digandingkan bersama Ngog atau Babel yang telah menjaringkan satu gol ala-ala Torres ketika menentang Aston Villa tempoh hari. Ketua pasukan kita pula, Steven Gerrard mungkin akan diletakkan di dalam bangku simpanan atau direhatkan untuk perlawanan seterusnya bagi memastikan kecederaan yang dialami oleh beliau pulih 100%.

Walaupun prestasi pasukan kita masih lagi terumbang-ambing, tiga mata penuh adalah matlamat utama pasukan.