Wednesday, November 17, 2010

Liverpool VS West Ham United

21 November 2010 ( 01.30 am ) Ch 817 Astro


Liverpool akan menerima kunjungan West Ham United a.k.a The Hammers. Pada perlawanan ini, kewibawaan RH akan diuji sekali lagi selepas kekalahan mengejut ke atas Stoke City

Kita tidak boleh mengambil mudah dalam perlawanan ini walaupun pasukan tukul kini berada di tangga terakhir liga. Bagi Liverpool hanya kemenangan sahaja yang dapat menentukan untung nasib pasukan kita. 

Nama-nama seperti Frederic Piquionne, Scott Parker, Mark Noble, Carlton Cole dan Luis Boa Morte adalah tidak asing bagi skuad Hammers. Mereka mempunyai kebolehan tersendiri terutama Frederic Piquionne yang kini telah menjaringkan 4 gol. 

Tapi pasukan kita pun tidak kurang hebatnya jika kena dengan percaturan taktik dan formasi yang mantap. Kita memerlukan pemain yang boleh menghantar bola terutama kepada penyerang sensasi kita iaitu Fernando Torres dan bahagian tengah harus diperkukuhkan supaya jangan kehilangan bola. Pemain muda kita Jay Spearing harus diturunkan dan keupayaan beliau tidak perlu dipersoalkan lagi.

Jentera pertahanan kita juga nampak goyah sejak kebelakangan ini terutama apabila Carragher bermain di sebelah bek kanan. Mungkin faktor umur dan stamina serta kepantasan telah menjejaskan prestasi beliau terutama apabila bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda dan pantas. Bagi saya, Kelly harus diberi peluang bermain di bek kanan bagi menggantikan Johnson yang kini telah disisihkan oleh RH.

Dalam perlawanan itu nanti, saya berharap Liverpool dapat memberikan persembahan yang menarik dan semangat juang seperti bertemu dengan Chelsea tempoh hari. 




No comments:

Post a Comment