Tuesday, February 8, 2011

Jambatan Runtuh!!!!!!! Chelsea 0 Liverpool 1



Apa lagi yang tersirat di hati selain dari perasaan gembira yang teramat sangat kerana runtuhnya jambatan yang dikatakan sentiasa kukuh di atas puncak. Jambatan yang dimaksudkan ialah Chelsea.

Semua penyokong seantero dunia begitu gembira dengan keputusan perlawanan di antara pasukan kebanggaan kita yang telah berkunjung ke Stadium Stamford Brigde. Dalam perlawanan itu, Liverpool telah menewaskan Chelsea dengan keputusan 1 - 0 dan gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Abang Botak kita bukan Skrtel tapi Raul Meireles.

Kita mungkin akan bersorak awal sekiranya Maxi menjaringkan gol hasil dari hantaran lintang Gerrard pada minit ke-32 tetapi bola hanya melantun ke atas palang gol.

Pada perlawanan itu juga, kita dapat saksikan kelibat bekas rakan pasukan kita Fernando Torres. Kehadiran beliau seperti tiada sebarang impak untuk Chelsea dan segala pergerakan dan serangan beliau dapat dikawal oleh pertahanan kita dengan cemerlang. 

Kenny Daglish telah menggunakan formasi 5-3-2 bagi menyekat kemaraan Chelsea yang menggunakan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Drogba, Anelka dan Torres di bahagian serangan.

Walaupun terkilan untuk melihat Suarez bermain pada malam itu tapi apa yang lagi penting adalah 3 mata dapat dikutip dan kita juga telah menang kedua-dua perlawanan dengan Chelsea pada musim ini iaitu ketika di Anfield di mana kita telah menang 2-0.

Dengan kemenangan ini juga telah melonjak kita ke tangga ke-6 liga dan slot ke pusingan Liga Juara-Juara UEFA iaitu top 4 nampak semakin hampir.

No comments:

Post a Comment